Mohon maaf Kes pegawai Jakim dikurung

Pada 19 Mac 2010, Pengarah Pemasarannya, Azrin Abd. Ajib memehon maaf atas insiden mengurung 12 pegawai tersebut. Syarikat tidak mempunyai niat atau menjadi polisi syarikat untuk berbuat demikian. Ia bertujuan mengawal trafik orang keluar masuk ke premis. Sukar untuk mengenal pasti siapa yang terdiri daripada agensi penguatkuasaan atau media. Sebarang rakaman gambar tidak dibenarkan diambil tanpa sebarang pengesahan bertulis daripada GA. Hanya Jakim dan KPDNKK boleh mengambil gambar bagi tujuan audit. Terdapat wartawan yang tidak memakai kad petugas.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan GA hendaklah memohon maaf kepada persatuan wartawan seperti Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM). Jakim membenarkan wartawan memberi liputan semasa operasi dijalankan.[5]

Ainol Amriz Ismail selaku presiden Kelab Wartawan Negeri Sembilan (i-Kwan) kesal dengan tindakan mengurung wartawan itu. Ketika wartawan membuat liputan perasmian kilang itu, kerjasama baik diberikan. Insiden itu akan dilaporkan kepada penasihat kelab iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.[6]

Menteri Perdagangan Domestik, Kooperasi dan Pengguna akan mengambil tindakan perundangan terhadap keran menculik pegawai penguat kuasa dari kementerian dan Jabatan Pembangunan Islam (Jakim). Dalam kejadian tersebut pegawai kementerian dan Jakim termasuk wakil pemberita dikunci selama tiga jam di premesis tersebut yang berkeras agar gambar dipadamkan sekiranya mereka ingin dibebaskan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Global Abattoir (M) Sdn Bhd dituduh melakukan dua kesalahan jenayah -- mengurung pegawai penguatkuasa dan menghalang mereka daripada melakukan tugas mereka. [7]